Beg Kanvas Murah

Beg Kanvas Murah

Beg Kanvas Murah






Peristiwa kira-kira 12 tahun
itu ujar Nor Rahayati yang
senang disapa Raha ini masih
segar dalam ingatannya.
Meski tidak ditugaskan
secara langsung dalam operasi pembedahan
pesakit berkenaan, namun kata Raha,
pihaknya turut terlibat dalam membantu
operasi menyelamatkan pesakit tersebut.

"Masa mula-mula mendengar kes
berkenaan, saya tidak dapat membayangkan
bagaimana keadaannya bila gergaji boleh
terpacak di atas kepala. Saya masih ingat
lagi, masa itu saya bertugas syif pagi ketika
menjelang perayaan Deepavali. Pesakit itu
dipindahkan dari Hospital Melaka dan berada
dalam keadaan sedar.

"Pesakit berketurunan India itu sempat
bercerita bagaimana gergaji besi tersebut
terpacak di atas kepalanya. Namun syukur
kerana gergaji itu tidak sampai ke lapisan
otak dan dia berjaya diselamatkan.

"Walaupun ia dilakukan oleh pasukan
daripada disiplin Neuro, namun melihat
sendiri peristiwa itu dengan pesakit
masih dalam keadaan sedar benar-benar
menyebabkan saya tidak dapat melupakan
kejadian itu sehingga hari ini walaupun ia
sudah lama berlalu," katanya.

Sambut kelahiran bayi
kern bar lima

Sam bung ibu kepada dua pasang
cahaya mata ini lagi, pengalaman lain
yang diperolehnya sepanjang bertugas di
Unit Kritikal dan Dewan Bedah pastinya
memberikan warna-warni dalam perjalanan
kariernya sebagai jururawat.

"Saya juga pasti tidak dapat melupakan
pengalaman pertama kali melihat proses
pembedahan bayi kembar siam. Walaupun
tidak ingat tarikh kejadian itu kerana sudah
terlalu lama, namun saya masih mengingati
keadaan bayi itu.

:'Ketika itu, saya ditugaskan di Dewan
Bedah Ginekologi dan Obstetrik. Pertama
kali dalam hidup saya melihat pembedahan
kembar siam yang mana dua bayi
perempuan itu melekat pada kepala hingga
ke dada. Kedudukan kepala bayi berkenaan
bersilang yang mana seorang bayi kepalanya
telangkup dan seorang lagi, kepalanya
terlentang.

"Mereka mempunyai dua buah pinggang
tetapi berkongsi uterus yang mana apabila
dipisahkan salah seorang daripada mereka
tidak boleh harnil, Memang ia pengalaman
yang mengujakan saya dan mereka berjaya
dipisahkan dengan selamat,"ujarnya yang
turut menyifatkan pengalaman menyambut
kelahiran bayi kembar lima oleh ibu yang
melalui kaedah IVF sesuatu yang istimewa.

Minat jadi dorongan utama

Bersandarkan kepada minat semata­
mata, penglibatan Raha dalam dunia
kejururawatan itu pad a mulanya atas
kesedaran perlu ada seseorang dalam ahli
keluarga yang mengetahui perihal kesihatan
dan psrubatan.

"Waktu kecil-kecil dulu, bila cikgu tanya
apa cita-cita, cita-cita pertama dan ketiga
asyik bertukar. Tetapi cita-cita kedua tetap
jururawat sampaikan saya rerna]a. Selain
itu saya sendiri suka ke hospital melihat
suasana di sana apabila ada ahli keluarga
yang pergi mendapatkan rawatan.

"Saya selalu terfikir kenapa tidak ada
seseorang dalam keluarga yang tahu pasal

perubatan ini. K~da, pasti mudah bila
ada seseorang dalam keluarga mengalami
masalah kesihatan. Alhamdulillah, akhirnya
atas dorongan minat itu, saya berjaya
menjadi jururawat.

"Sememangnya bila sudah bertugas
sebagai jururawat saya menjadi pakar rujuk
dalam keluarqa, Bila berlaku sebarang
kecederaan kecll, mereka pasti bertanyakan
saya. Anak-anak juga begitu sehingga
mereka sudah memahami apa yang perlu
dibuat selepas berlaku sebarang kecederaan
seperti luka kecil,

"Jadi, bila sudah tahu cara menanganinya
sendiri, tidak perlulah mereka pergi ke klinik
untuk kes-kes luka kecil," katanya yang amat
menerapkan pendidikan kesihatan kepada
anak-anaknya.

Cerita Raha lagi, dia mendapat
pendidikan awal di School Of Nursing, Pusat
Perubatan Universiti Malaya (PPUM) yang
ketika itu dikenali sebagai Hospital Universiti

Malaya. )

"Saya adalah kumpulan pertama program
diploma di sana selama tiga tahun. Selepas
tamat pengajian, saya terus ditugaskan di
Dewan Bedah Utama,

"Bila sudah memilih bidang ini, memang
kita tidak boleh memilih unit mana kita
kehendaki dan saya sendiri tiada masalah
ditugaskan ke mana-mana unit. Selepas
melalui enam bulan orientasi untuk belajar
tentang semua peralatan dan apa sahaja di
dewan bedah utama, saya mula bertugas.

"Alhamdulillah, sekarang saya sudah
mendapat pengkhususan dalam perawatan
dewan bedah yang berpengalaman dalam
disiplin ginekologi dan obstetrik, ortopedik,
pembedahan dan trauma.

"Selain pernah ditugaskan di dewan
bedah dalam disiplin berikut, saya juga
pernah bertugas Pusat Pembedahan
Harian, Dewan Bedah Kecil, Dewan Bedah
Kecemasan dan sekarang di Dewan Bedah
Trauma," kata isteri kepada Azlisham Abu
Hassan Shaari yang kini menyertai Kursus
Diploma Lanjutan Perioperatif dan bakal
melanjutkan pengajian dalam Ijazah Sarjana
Muda Sains Kejururawatan.js

0 Komentar untuk "Beg Kanvas Murah"

 
Copyright © 2014 Pusat Borong Murah - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info